Thursday, March 31, 2011

Lelaki HOT

Pemenang poll HOT or NOT

Poll untuk lelaki HOT minggu lepas dah tutup few days back. Tapi oleh kerana kesebokkan yang melampau, tak sempat nk diwarwarkan pemenangnya. So keputusan rasmi yg dicapai adalah calon GSK1191 lebih hot sikit dari GSK0433. Tahniah kpd pemenang!! Pengajaran dari poll ini ialah:-
  1. siapa yang berusaha, maka dia akan dapat hasilnya.
  2. hot itu subjektif.
  3. gambar koya di billboard UMT di seluruh Malaysia tak menjamin kemenangan.
Sempena Sukan Antara Fakulti baru ni, poll seterusnya ialah OLAHRAGAWAN SEKOLAH siswazah! Jalankan tanggungjawab anda!


Monday, March 28, 2011

Skuasy gemilang, gondol 1 emas dan 1 perak.

Berakhir sudah sukan antara fakulti..Tahniah dan syabas warga2 GSK sekalian. Anda sememangnya hebat dan tersangat mantap! ternyata kita telah persembahkan satu semangat kesukanan yg tinggi tiada tolok bandingan melebihi semangat malaysia boleh!! dengan semangat sebegini, emas olimpik pun tak mustahil utk kita gapai..Kesungguhan kita menghantar puluhan atlet berbakat dan atlet2 sedang meninggat naik nyata berbaloi setelah berjaya mengondol 3 emas, 1 perak dan 6 gangsa. Pasukan skuasy paling bergaya apabila berjaya mengondol 1 emas dan 1 perak. Walaupun mensasarkan 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa pada peringkat awalnya tidak menjadi kenyataan kerana pihak penganjur telah menggugurkan 2 acara.

Aksi atlet bertahap sambal belacan GSK tgh warming up sblm menggondol pingat emas.
Pingat  emas acara skuasy yg merupakan pingat emas pertama GSK telah berjaya digondol oleh pasukan skuasy lelaki tepat jam 5 suku ptg hari jumaat, emas pertama sah menjadi milik kita apabila berjaya mengalahkan pasukan FMSM. Perseorangan pertama, Anas Annuar, member baik kepada raja pecut basikal negara Anuar Manan, pemain bertaraf sambal belacan dlm carta taraf mangkuk tingkat mudah menewaskan lawan2 yg hanya bertaraf lauk dan nasi dgn mencatatkan kemenangan mudah 3-0 pada pusingan pertama dan kedua.Manakala pemain kedua, Kahar pemain meningkat naik yg menjadikan Nicol David sebagai idola sukannya semenjak sekolah menengah tidak kurang hebatnya juga mudah menewaskan lawan. Beliau yg begitu meminati dan pernah mengayat Nicol David dlm laman sosial myspace 6tahun lepas mencatat kemenangan 3-1 pada pusingan pertama dan 3-0 pada pusingan kedua.Laluan beliau agak mudah kerana lawannya hanyalah bertahap sayur dan lauk.
carta taraf mangkuk tingkat

Syahnon, pemain yg mempunyai byk persamaan dari segi corak dan gaya pemain tenis profesional, John Wilfred Tsonga  menjadi taruhan GSK sbg perseorangan ketiga begitu berbangga setelah berakhirnya acara ini, wlaupun kalah dlm kedua2 game, beliau telah mendapat pendedahan berguna kerana tlh berentap dgn pemain bertahap sambal belacan kelas-A dlm permainan pertama. Lawannya yg merupakan wakil Terengganu dlm SUKMA begitu tenang ketika beraksi membuatkan beliau mudah tertewas. Kekalahan ini langsung tidak mematahkan semangat beliau malah semakin yakin dan berkobar-kobar utk menyertai pertandingan skuasy akan datang..

Bagi acara skuasy wanita, gadis-gadis GSK yg rata2 masih baru dlm acara skuasy tidak kurang hebatnya apabila berjaya  mengondol pingat perak. Team skuasy wanita diketuai Siti Masitah yg dilihat fokusnya lebih kpd mengambil gambar dprd pikikan game tetap bergaya apabila berjaya menumbang FST dgn kemenangan 2-1 pada perlawanan kedua. wlpun kalah 1-2 pada perlawanan pertama menentang FPE, pasukan skuasy wanita GSK tetap bersemangat utk mencapai kemenangan. Kenyataan berani pemain ketiga Syada mengatakan sudah jatuh cinta terhadap permainan skuasy telah byk mengubah dan membakar semangat pemain-pemain GSK lain supaya terus berusaha tanpa segan silu wlaupun pertama kali trun bermain..Syabas sekali lagi diucapkan kpd saudari Syada.

Apapun musim sukan sudah berakhir, bak kata salah sorang GSK.ada yg dapat pingat..ada yg dapat penat..ada yg ketemu minat...ada yg ketemu "target"..ada yg kene bakor sampai "hangit"..ada yg ketemu sahabat...tp mmg best!!!terbaik!! viva la GSK....



Sunday, March 20, 2011

Hikayat :Pergi nya seorang insan yang bernama kawan

Sedey rasenya bile seorang dari kawan serumah pergi meninggalkan kite atas urusan berumah tangga...

Beliau inilah yang bawa Cecs (bukan name sebenar) dari zaman gelap (zaman gelap = serumah dengan manusia yang takde pengangan idup) ke zaman yang dimana die bole berpijak pada bumi yang nyata (Paper brape banyak dah publish beb)..

Saat-saat bosan, die la penghibur walaupun kadang-kadang sakit je telinga dengar beliau menyanyi sambil main guitar. Sampai tertubuh kumpulan pancaragam dikalangan budak rumahnya. (Mesti korang tau kan band berkenaan..penyanyi die gler cool lagi kacak)

Tapi kini, beliau sudah pergi..pergi tinggal Cecs dan rakan serumah nya serta kawan-kawan yang lain untuk menyahut seruan bagi berumah tangga. Die lah kawan yang Cecs amat hargai.

Selamat pengantin baru wahai kawan. Cesc serta rakan serumah mendoakan yang terbaik untuk anda hingga ke anak cucu.

T-Shirts Untuk Geng Sembang Kencang

Selepas penat lelah daripada designer dan decor ala Eric daripada ahli GSK maka hasillah


Design pertama



Design kedua


We Will Be Forever Young!


Al-kisah ENAM tahun yang lepas,

Hanya ENAM tahun dahulu, Arsenal menang FA Cup!

Tahun dua ribu ENAM, Emirates menjadi gelanggang rasmi Arsenal dengan menawarkan tiket paling mahal berbanding stadium2 EPL lain tapi tak penah menang apa2 cup.

Hanya ENAM minggu lalu, Arsene Wenger bersembang kencang tentang prospek 'quadruple'. (Piala Sukan Antara Fakulti, Piala Liga MASUM, Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Liga Perdana Under-17)

TAPI TAKPE! Sebab team Arsenal masih muda dan tak tua2 sejak tahun dua ribu ENAM! I like the forever young attitude Uncle Arse! Salute!

Kesian player Arsenal tak boleh sambut birthday agaknya sbb tanak bagi jadi tua!

Untuk player and fan 'the Gooners' jangan risau, u should be proud of your team as you are always the second best! kahkahkah

Untuk Uncle Arsehole, layan lagu ni!


Saturday, March 19, 2011

Tengok dan lihat bola sambil makan roti canai

Bile tengok Spurs main ngan West Ham gler bukan main laju sampai aku rase kalau aku main mesti mampu buat kat dalam PES je..serang punye ler banyak tapi bile final results seri 0-0..ape ke sengal je Spurs ni..buat habis air liur aku je menjerit tengok bile serang..Takkan dah dapat masuk quater UCL terus jadi sengal + sepal???

P/S: next time jangan begitu wahai saudara-saudara ku disana..sakit mate je kalau tengok

Kepada fans MU,ayuh kite tengok team anda main malam ni..hebat ke tak main dengan player yang ada dalam fantasy futball aku (Elmander-BOLTON). Kalau kalah boleh kite MENGANJING ya..ngahahahaha...yeahh..yeahhh..NEVER SAY NEVER boy

Kencang memang kencang

Tanggal 19/3/11 team GSK(Geng Sembang Kencang) telah menghantar atlet terbaik dan berbakat Februari 2011 untuk mengenal pasti kem latihan di BB..mulanya nk buat latihan intensif utk ahli-ahli GSK..tp haram.. hanya 5 orang je yang ada dan sanggup gadaikan masa-masa untuk bertelur di pagi hari dengan suasana hujan yang nyaman.

Tahukah anda, kalau badan dah six packs tapi bile mintak lari 1 round kat track UMT dah pancit. Baik keluar je dari join GSK. Jadi bole selalu dengar lagu bertajuk NEVER SAY NEVER sambil ketuk lutut..tak pun I SHOOT U..err...apa kes kalau camtu beb???

Jadi, ini lah hasil daripada latihan intensif yang telah dibuat sebagai bukti menunjukkan bukan sembang je kencang tp buat mesti gak kencang beb..


Sesi fotografi atlet berbakat GSK




Muka-muka yang macam nak kene lempang lepas buat 2 round tanpa henti

Thursday, March 17, 2011

Theme Song Geng Sembang Kencang




Kempompong

Dulu kita sahabat
Teman begitu hangat
Mengalahkan sinar mentari

Dulu kita sahabat
Berteman bagai ulat
Berharap jadi kupu-kupu

Kini kita berjalan berjauh-jauhan
Kau jauhi diriku karena sesuatu
Mungkin ku terlalu bertindak kejauhan
Namun itu karena ku sayang

Persahabatan bagai kepompong
Mengubah ulat menjadi kupu-kupu
Persahabatan bagai kepompong
Hal yang tak mudah berubah jadi indah
Persahabatan bagai kepompong
Maklumi teman hadapi perbedaan
Persahabatan bagi kepompong
Na..na..na..

p/s: Diminta ahli Geng Sembang Kencang menghafal lagu tema ini kerana setiap kali perjumpaan kite akan nyanyikan dengan penuh bersemangat beb..

Sokan Antara Fakulti

1. Konco2 GSK! Jadual padat harian kito bertambah sendat bulan nih! 25 & 26 Mac ada Sukan Antara Fakulti dan kita rancang nk buat family day hujung bulan April. Jangan kedekut masa dan tenaga anda! Dengan bekerjasama kerja jadi mudah (Ming-Ming et al., 2010)!

2. Aku tahu geng pasca siswazah mmg sebok. Ada yg nak publish 2-3 paper, duduk lab pagi sampai petang, writing tesis sampai tak ingat makan dan macam-macam hal lagi.. nasihat aku, chill out la! jgn sampai otak jem! Mari bersukan untuk sihatkan badan dan bakar lemak2 tepu yang dibela sejak berzaman.

3. Mengikut perbincangan ahli2 syura smlm..untuk SAF (sukan antara fakulti bukan sir alex ferguson), lelaki akan masuk 9 acara, wanita pulak masuk 5 daripada 14 acara yang dipertandingkan. Tengahari tadi, Golongan Sukarelawan Kencang, GSK dah ambil borang pendaftaran dan serahkan pada ketua acara yang dilantik. Sape2 yang berminat boleh bersuara di facebook GSK!

4. Memandangkan fasiliti dan peluang dah ada, aku harap korang boleh join untuk kebaikan semua pihak. Kalau tak bersukan pon heart rate dah 88bpm apo chorito! Heartbeat orang dewasa yang sihat : 70-75 beats per minute. So check la nadi anda..raba leher sendiri yah! Biasanya lepas bersukan heart rate boleh naik sampai 130- 150 beats per minute. Lagi senang check je guna apps dlm iphone… haha.

5. Jangan kencing je cakap nak join skali hilang disaat2 akhir!

Main bola...

hari-hari main bola.
kelmarin main bola.
hari ini main bola.
esok pun main bola....


bila master nak siap?
kena brenti main bola!!

Tuesday, March 15, 2011

kencang bukan kencing


sembang kencang je tak guna kalau lari slow.. lari pon mau kencang.. bak kata pepatah "apa guna badan six packs kalau tak reti berenang". makhluk terbaru aku rasanya dapat tolong tinggal korang semua 8/9 tiang. kahkahkah.

sape2 nk bg upfront birthday present boleh bg aku nike sensor and sportband! :P

geng sembang kencang

Main bola kalo kalah tu biasa, tp kalo time bsembang kita kalah itu memalukan.. Sembang kita kena kencang!.


introducing geng sembang kencang!