Thursday, April 21, 2011

Oh bukan senang nak dapat ikan.

Kurang lebih 9 hari aku keluar ke Laut China Selatan (pinggir2 je) menunda ikan besi berteknologi tinggi sambil menghitam-letingkan muka aku untuk dapatkan profile dasar laut. Walaupun aku mmg naturally tanned..proses ini menyebabkan aku burnt.. :P

Bulan 7 tahun lepas aku dah buat benda yang sama utk kaji profile dasar laut sebelum monsoon. Kali ni utk yang selepas monsoon pulak.

ikan besi berteknologi tinggi yang aku 'tow'

Btw, post ni bukan nak cerita pasal projek aku..Ini post tentang pengertian aku terhadap kesusahan nelayan. Memandangkan setiap hari projek aku berjalan sehari suntuk, kami membeli bubu untuk di letakkan di kawasan tukun. Mana tau dapat kerapu beso2.. Untuk orang2 darat yang taktau bubu tu apa....

ini bubu, guna untuk tangkap ikan!

Hari pertama, berumpankan ikan selayang segar, kami campak bubu di satu kawasan tukun dengan minda optimis bahawa malam ni boleh makan kerapu segar masak sweet sour. Hasil hari pertama.. nothing! Hari kedua.. nothing.. Hari ke 3.. nothing but seekor ikan pasir yang kt pasar pon aku tak beli. Hari ke-4 kami berpindah ke kawasan tukun lain. Akhirnya,..dapatlah kerapu..itu pon seekor je..

teknik penangkap gambar ni mungkin membuatkan ikan ni nampak lebih besar!

Dah jumpa lubuk, kami pon happy! Biar bubu overnight harap2 banyak la ikan masuk bubu.. Tp esoknya tgk2 ada seekor ikan yu je yang masuk dan membuat onar lantas menakutkan ikan2 lain daripada masuk ke dalam bubu itu. Hancur harapan kami umpama hancurnya kacang ditumbuk dengan lesung batu lantas terus memulangkan semula yu tersebut ke habitatnya!

At this point in time, aku terfikir perasaan nelayan2 yang turun ke laut dari pagi ke petang.. tp tak dapat ikan.. takpon angkat bubu.. tgk2 kosong.. Anak bini kat rumah tak makan lagi..yuran sekolah anak masih tertunggak... Takpon dapat ikan sikit, dan2 lintas bot jabatan laut, 'pau' ikan sedap2.. then, apa yang tinggal jual kat peraih dgn harga yg murah.. tak ke sadis?

Moral of the story is, hargai lah nelayan kita! jgn mintak tawar banyak2 kalau beli ikan directly from nelayan. And we can do our part by contributing towards the cleanliness of the sea. Laut bersih, ikan pon kencang!

Monday, April 4, 2011

Maggi Ketam

Aku bukan pemakan maggi. Setahun ada la 3,4 kali. Itu sebab aku tak berapa mudah lupa macam me-layu2 yang mudah lupa. Tapi baru-baru ni ada sorang Qohar merekemen 'maggi ketam' yang dia ceritakan dengan penuh perasaan (dia kalau cerita mmg meyakinkan).. "sedap nas! mu kena try! ado kat kelate jah!" kata beliau.

Seminggu lepas aku pulang ke kampung halaman untuk attend walimah rakan dan biasalah.. kalau dah sampai rumah susah sikit nak balik tganu sbb dihalang oleh adik comel yang kejenye nak habiskan battery phone aku..nasib baik kalau beli aiskrim malaysia mesti patah dua dgn aku! So, after one week yang ceria, aku tiba di KT pagi smlm dgn disambut oleh org yang tak sepatutnya sbb org yg sepatutnya tak dgr bunyi phone ringing. Pagi2 lagi aku dikejutkan dgn berita hadirnya maggi ketam di Gong Badak! Ada kopitiam baru bukak katanya. Umar Kopitiam. Owned by ex-student UMT pulak tu.

Ptg tadi aku pegi la try maggi tu dgn lagi 3 orang syura GSK..

ini le ghupe maggi ketam tu.. isi mmg masyuk! tak pecaye?? nah!


Bersifu kan Syahnon 'shawn' Mohammad yang pakar makan ketam, aku tiada masalah mengorek setiap celah belah untuk memaksimumkan pemakanan ketam nipah tersebut! Hasilnya...

well spent 15 bucks eventho asalnya harga rm12 tp dinaikkan sbb kami request mak ketam yang pregnant! apa lagi pegi la try! depan Masjid Unisza, Gong Badak!

p/s: owh ini hari yang indah.. MU menang 4-2 after trailing 0-2 for 60 minutes. team lain apa kabo? kene bako ke? bhahahahaha