Saturday, August 6, 2011

Iman Suasana

Maka benarlah seperti dikatakan para ulamak bahawa iman manusia di akhir zaman ini adalah mengikut suasana. Iman yang sekejap naik sekejap turun.

Di bulan Ramadhan Kareem ini, kita lihat begitu ramai orang yang hadir ke masjid dan surau untuk mengerjakan solat, terutamanya solat terawih. Ramai yang hadir ke masjid seperti kebiasaan bulan-bulan sebelumnya. Tidak kurang juga yang hadir kerana melihat keadaan dimana org berpusu-pusu ke masjid. Adakah ini tidak baik? Tidak sama sekali kerana setidak-tidaknya wujud perasaan untuk berterawih berjemaah dan menghidupkan syiar Islam.

Akan tetapi, seringkali berlaku di kalangan kita-kita yang lemah ni, solat terawih sampai 20 rakaat tetapi solat fardhu subuh pula terlepas kerana tidur semula selepas sahur. Jika dikira dengan matematik mudah, bukankah bersandarkan hadith Rasulullah SAW, satu amalan fardhu akan diganjarkan sebanyak 70 kali ganda manakala amalan sunat diberi pahala fardhu. Oleh itu ayuhlah rakan-rakan, jangan kita sekali-kali tinggalkan solat fardhu.

Iman kita tidak sehebat para sahabat yang mana mereka sendiri mampu membentuk suasana. Kita pula selalu terikut-ikut... Contohnya ramai gadis-gadis yang tidak segan silu utk pakai pakaian yang lebih terdedah ketika shopping di Pavillion. Tetapi lain pula bila pergi ke bazaar ramadhan.. pakaian mereka lebih bertutup..ikut tema katanya. Ini membuktikan keadaan iman yang berubah-ubah mengikut suasana.

Disebabkan keadaan iman kita ini, jadi lebih baik kita mencari suasana yang baik, dan sebaik-baik suasana adalah suasana di rumah Allah SWT. Kita berdamping dengan orang-orang yang dekat dengan Allah kerana lebih mudah untuk kita elak dari maksiat.

Ya Allah, kurniakan aku cinta orang-orang yang mencintaimu.

Wallahua'lam

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa!

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan ramadhan!

Ayuh kita kurangkan tidur, makan, dan percakapan yang sia2. Yang dekat gambar bawah ni apetah lagi..




Inilah masanya untuk kita cari 2 perkara - taqwa & keampunan! Kan syaitan dah kena ikat..tinggal nafsu je nk kena kawal. So, jom kita belajar2 solat di awal waktu secara berjemaah, banyakkan berzikir dan baca Al-Quran.

Yang rasa duit dah sesak tu boleh la sahur dan bukak puasa di masjid Kusza.