Wednesday, October 26, 2011

UMT MTB Jamboree 2011


Perasmian sebelum flag off

8 Oktober yang lepas, Cycling UMT Team and co. telah anjurkan jamboree basikal bukit terbuka yang pertama di Terengganu. Aku merupakan sebahagian daripada organising team. Kerja utama aku cari sponsor as this jamboree perlukan rm25000 untuk jalan, itu tak masuk barang-barang cabutan bertuah. Alhamdulillah banyak syarikat yang bermurah hati untuk sponsor barang-barang cabutan bertuah sampai 1/3 dari peserta terasa bertuah. Ada juga yang sponsor cash. Terima kasih daun keladi!

Lebih kurang 380 riders dari seluruh Malaysia dan ada satu team dari Thailand datang untuk berkayuh di Terengganu yang memang terkenal dengan sukan berbasikal. Siap ada pro riders, Azizul Azli dan Shafari Abd. Malik yang bertanding di LIMBC 2011 baru-baru ni (Kalau taktau LIMBC tu apa, anda bukanlah riders sejati).

Ini merupakan competitive ride aku yang ketiga selepas Jamboree Jeli (no.44 out of 9++, i’m proud of myself yeah!) dan SUKUM (Perak -berpasukan). Sebelum ride kali ni, dah seminggu aku tak bersukan sebab frust tak dapat join Malakoff Duathlon di UPM. So pagi tu sebelum race aku makan sebatang power bar dan selit satu power bar gel dalam poket belakang jersey cycling UMT aku. Di temani pula oleh cik fiancĂ© yang datang jauh dari Kolumpo nak beri sokongan, memang aku bersemangat.

Kalau ikut plan asal, trek jamboree lebih kurang 50km tapi keadaan jalan tak mengizinkan so trek dipendekkan ke 40km. Aku rasa riders kena bersyukur tak perlu lalu Bukit Sudu yang memang mental torture. Trek bermula di UMT. Lepas 7km rolling start, riders mula masuk offroad menghala ke bukit Pecah Rotan. Immediately lepas kereta marshall ketepi, geng-geng otai terus breakaway. Aku pon cuba follow the front bunch dalam 10 orang yang dimonopoli riders KTCC- Kuala Terengganu Cycling Community. Akhirnya masuk je first climb aku kena drop dengan diorang. Aku tak kesah sangat sebab aku register bawah kategori universiti.

First part of Link 2 bukit Pecah Rotan memang penuh dengan uphill yang mencabar. Ini dahla first time aku masuk race pakai clipless shoes dan time ni jugak la dia buat hal susah nak pasang dan cabut. Penuh dengan lumpur agaknya. Ada lah 2-3 kali jugak aku jatuh slow motion masa panjat bukit. And memang banyak climb yang aku tolak je sebab rasanya lagi cepat + tak larat. Ada satu bukit di Link 1 yang aku jatuh tak sempat nak bukak klip kasut dan kaki aku cramp. Akhir-akhir Link 1 sebelum sampai checkpoint ke-2, banyak fast technical downhill yang memang menguji teknik dan keberanian riders. Lepas checkpoint 2 masuk tarmac road so pace jadi laju. Cramp kaki aku ni pulak makin teruk.

Lebih kurang 7km dari finishing line ada group of 3 riders tangkap aku. Aku bersyukur jugak sebab boleh la ikut pace diorg. Lepas je pintu masuk UMT boleh pulak sorang mamat nih bukak sprint. Mahu tak mahu aku kena la respon walaupun kaki aku ni macam dah nak pecah. Tapi awal-awal aku dah tengok plat number diorang, semua kategori open. Saja nak layankan diorang sprint. Tiba di finishing line aku diberi sticker no.3. Rupa-rupanya ada 2 orang kategori universiti yang aku dah terlepas pandang. Cheitt. Aku tengok masa aku, 2 jam 4 minit. Overall no . 13 kalau tak silap. Tapi beza masa aku dengan pemenang open category (Mohd Shafari Abd Malik aka Awie) is 24 minutes!!.



muka gembira menahan cramp didampingi dedicated Capt. Apandi and Zaman


Tahniah aku ucapkan kepada pemenang dan tahniah kepada rakan-rakan organizer yang memang bertungkus-lumus memastikan kelancaran jambori walaupun kehilangan Pengarah, Dr. Fadzil yang dijemput menjadi tetamu Allah di Mekah.

Special thanks untuk cik fiancé yang memberi sokongan moral untuk aku dan tolong bagi hadiah waktu majlis penutup walaupun dia pakai baju Chelsea. Heh.


Sebahagian dari organising team. Thanks guys!



2 comments: