Bulan 7 tahun lepas aku dah buat benda yang sama utk kaji profile dasar laut sebelum monsoon. Kali ni utk yang selepas monsoon pulak.
ikan besi berteknologi tinggi yang aku 'tow'
Btw, post ni bukan nak cerita pasal projek aku..Ini post tentang pengertian aku terhadap kesusahan nelayan. Memandangkan setiap hari projek aku berjalan sehari suntuk, kami membeli bubu untuk di letakkan di kawasan tukun. Mana tau dapat kerapu beso2.. Untuk orang2 darat yang taktau bubu tu apa....
ini bubu, guna untuk tangkap ikan!
Hari pertama, berumpankan ikan selayang segar, kami campak bubu di satu kawasan tukun dengan minda optimis bahawa malam ni boleh makan kerapu segar masak sweet sour. Hasil hari pertama.. nothing! Hari kedua.. nothing.. Hari ke 3.. nothing but seekor ikan pasir yang kt pasar pon aku tak beli. Hari ke-4 kami berpindah ke kawasan tukun lain. Akhirnya,..dapatlah kerapu..itu pon seekor je..
teknik penangkap gambar ni mungkin membuatkan ikan ni nampak lebih besar!
Dah jumpa lubuk, kami pon happy! Biar bubu overnight harap2 banyak la ikan masuk bubu.. Tp esoknya tgk2 ada seekor ikan yu je yang masuk dan membuat onar lantas menakutkan ikan2 lain daripada masuk ke dalam bubu itu. Hancur harapan kami umpama hancurnya kacang ditumbuk dengan lesung batu lantas terus memulangkan semula yu tersebut ke habitatnya!
At this point in time, aku terfikir perasaan nelayan2 yang turun ke laut dari pagi ke petang.. tp tak dapat ikan.. takpon angkat bubu.. tgk2 kosong.. Anak bini kat rumah tak makan lagi..yuran sekolah anak masih tertunggak... Takpon dapat ikan sikit, dan2 lintas bot jabatan laut, 'pau' ikan sedap2.. then, apa yang tinggal jual kat peraih dgn harga yg murah.. tak ke sadis?
Moral of the story is, hargai lah nelayan kita! jgn mintak tawar banyak2 kalau beli ikan directly from nelayan. And we can do our part by contributing towards the cleanliness of the sea. Laut bersih, ikan pon kencang!