Wednesday, March 20, 2013

Apa dah jadi?

Mohon kepala sembang kencang kembali bersidang. Lama dah tak breakfast 2 jam.

Saturday, November 26, 2011

Doa Awal & Akhir Tahun

Sedar tak sedar, mungkin banyak dosa-dosa kita lakukan sepanjang tahun ini. Kadang-kadang sembang kencang sampai lupa diri.

Siapa yang buat dosa tapi menyesal dan malu dgn dosa yang dia lakukan. InshaAllah, Allah itu maha pengampun. Yang buat dosa tapi bangga pulak dengan dosa dia.. bawak2 la sedar.

Ayuh juga kita mohon maaf dan memaafkan kesalahan rakan2.


Doa akhir tahun



Doa awal tahun





Wednesday, October 26, 2011

UMT MTB Jamboree 2011


Perasmian sebelum flag off

8 Oktober yang lepas, Cycling UMT Team and co. telah anjurkan jamboree basikal bukit terbuka yang pertama di Terengganu. Aku merupakan sebahagian daripada organising team. Kerja utama aku cari sponsor as this jamboree perlukan rm25000 untuk jalan, itu tak masuk barang-barang cabutan bertuah. Alhamdulillah banyak syarikat yang bermurah hati untuk sponsor barang-barang cabutan bertuah sampai 1/3 dari peserta terasa bertuah. Ada juga yang sponsor cash. Terima kasih daun keladi!

Lebih kurang 380 riders dari seluruh Malaysia dan ada satu team dari Thailand datang untuk berkayuh di Terengganu yang memang terkenal dengan sukan berbasikal. Siap ada pro riders, Azizul Azli dan Shafari Abd. Malik yang bertanding di LIMBC 2011 baru-baru ni (Kalau taktau LIMBC tu apa, anda bukanlah riders sejati).

Ini merupakan competitive ride aku yang ketiga selepas Jamboree Jeli (no.44 out of 9++, i’m proud of myself yeah!) dan SUKUM (Perak -berpasukan). Sebelum ride kali ni, dah seminggu aku tak bersukan sebab frust tak dapat join Malakoff Duathlon di UPM. So pagi tu sebelum race aku makan sebatang power bar dan selit satu power bar gel dalam poket belakang jersey cycling UMT aku. Di temani pula oleh cik fiancĂ© yang datang jauh dari Kolumpo nak beri sokongan, memang aku bersemangat.

Kalau ikut plan asal, trek jamboree lebih kurang 50km tapi keadaan jalan tak mengizinkan so trek dipendekkan ke 40km. Aku rasa riders kena bersyukur tak perlu lalu Bukit Sudu yang memang mental torture. Trek bermula di UMT. Lepas 7km rolling start, riders mula masuk offroad menghala ke bukit Pecah Rotan. Immediately lepas kereta marshall ketepi, geng-geng otai terus breakaway. Aku pon cuba follow the front bunch dalam 10 orang yang dimonopoli riders KTCC- Kuala Terengganu Cycling Community. Akhirnya masuk je first climb aku kena drop dengan diorang. Aku tak kesah sangat sebab aku register bawah kategori universiti.

First part of Link 2 bukit Pecah Rotan memang penuh dengan uphill yang mencabar. Ini dahla first time aku masuk race pakai clipless shoes dan time ni jugak la dia buat hal susah nak pasang dan cabut. Penuh dengan lumpur agaknya. Ada lah 2-3 kali jugak aku jatuh slow motion masa panjat bukit. And memang banyak climb yang aku tolak je sebab rasanya lagi cepat + tak larat. Ada satu bukit di Link 1 yang aku jatuh tak sempat nak bukak klip kasut dan kaki aku cramp. Akhir-akhir Link 1 sebelum sampai checkpoint ke-2, banyak fast technical downhill yang memang menguji teknik dan keberanian riders. Lepas checkpoint 2 masuk tarmac road so pace jadi laju. Cramp kaki aku ni pulak makin teruk.

Lebih kurang 7km dari finishing line ada group of 3 riders tangkap aku. Aku bersyukur jugak sebab boleh la ikut pace diorg. Lepas je pintu masuk UMT boleh pulak sorang mamat nih bukak sprint. Mahu tak mahu aku kena la respon walaupun kaki aku ni macam dah nak pecah. Tapi awal-awal aku dah tengok plat number diorang, semua kategori open. Saja nak layankan diorang sprint. Tiba di finishing line aku diberi sticker no.3. Rupa-rupanya ada 2 orang kategori universiti yang aku dah terlepas pandang. Cheitt. Aku tengok masa aku, 2 jam 4 minit. Overall no . 13 kalau tak silap. Tapi beza masa aku dengan pemenang open category (Mohd Shafari Abd Malik aka Awie) is 24 minutes!!.



muka gembira menahan cramp didampingi dedicated Capt. Apandi and Zaman


Tahniah aku ucapkan kepada pemenang dan tahniah kepada rakan-rakan organizer yang memang bertungkus-lumus memastikan kelancaran jambori walaupun kehilangan Pengarah, Dr. Fadzil yang dijemput menjadi tetamu Allah di Mekah.

Special thanks untuk cik fiancé yang memberi sokongan moral untuk aku dan tolong bagi hadiah waktu majlis penutup walaupun dia pakai baju Chelsea. Heh.


Sebahagian dari organising team. Thanks guys!



Monday, October 24, 2011

Same old Nike shoes problem

I have been a loyal Nike user since my early secondary school time. My first proper football boots was a Nike which cost me 200 ringgit. The improper first was a rm40 Power boots. Since then, Nike was always my choice not only for my sportswear but as my casual wear as well. T-shirts, casual shoes, football boots, running shoes were all Nike.

I feel like I was attached to Nike products as they sponsored my sports idols, a marketing strategy which has successfully attracted me. I always feel like I have to use Nike as it was endorsed by Micheal Jordan, Manchester United and at that time, Tiger Woods.

I have no problem with Nike products except for it shoes. Most of my Nike shoes ended up with a dislodged shoe soles. Few football boots and futsal shoes and the latest is my Lunarfly 2 running shoes which the soles was dislodged after few runs in the rain.


tapak asik tercabutt!!


My next running shoes certainly won't be a Nike! an Asics Gel Kayano 17 perhaps. :). And i'm proud to tell you that i'm a happy Adidas user now!




Thursday, September 22, 2011

harga naik!

Biasanya aku dan kawan-kawan suka berbincang isu-isu semasa di kedai noor tomyam taman maidam. Aku memang akan order milo ais. Kawan-kawan lain pulak order neslo ais sbb harga air pada kadar rata RM 1.

Petang semalam aku pergi berbuka dgn Amad, kawan aku dari Korea (kawasan bukit bahagian selatan). Time nak bayar aku cakap la air 3. Skali dia tanya air apa. Aku dah pelik. Dia cakap sekarang air milo dan nescafe dah jadi RM1.30. Damn.


Milo ais RM1.30


Kalau siapa2 tau ada kedai harga milo ais seringgit tolong bagitahu!

Wednesday, September 7, 2011

Malaysia Cup 2011

Saturday, August 6, 2011

Iman Suasana

Maka benarlah seperti dikatakan para ulamak bahawa iman manusia di akhir zaman ini adalah mengikut suasana. Iman yang sekejap naik sekejap turun.

Di bulan Ramadhan Kareem ini, kita lihat begitu ramai orang yang hadir ke masjid dan surau untuk mengerjakan solat, terutamanya solat terawih. Ramai yang hadir ke masjid seperti kebiasaan bulan-bulan sebelumnya. Tidak kurang juga yang hadir kerana melihat keadaan dimana org berpusu-pusu ke masjid. Adakah ini tidak baik? Tidak sama sekali kerana setidak-tidaknya wujud perasaan untuk berterawih berjemaah dan menghidupkan syiar Islam.

Akan tetapi, seringkali berlaku di kalangan kita-kita yang lemah ni, solat terawih sampai 20 rakaat tetapi solat fardhu subuh pula terlepas kerana tidur semula selepas sahur. Jika dikira dengan matematik mudah, bukankah bersandarkan hadith Rasulullah SAW, satu amalan fardhu akan diganjarkan sebanyak 70 kali ganda manakala amalan sunat diberi pahala fardhu. Oleh itu ayuhlah rakan-rakan, jangan kita sekali-kali tinggalkan solat fardhu.

Iman kita tidak sehebat para sahabat yang mana mereka sendiri mampu membentuk suasana. Kita pula selalu terikut-ikut... Contohnya ramai gadis-gadis yang tidak segan silu utk pakai pakaian yang lebih terdedah ketika shopping di Pavillion. Tetapi lain pula bila pergi ke bazaar ramadhan.. pakaian mereka lebih bertutup..ikut tema katanya. Ini membuktikan keadaan iman yang berubah-ubah mengikut suasana.

Disebabkan keadaan iman kita ini, jadi lebih baik kita mencari suasana yang baik, dan sebaik-baik suasana adalah suasana di rumah Allah SWT. Kita berdamping dengan orang-orang yang dekat dengan Allah kerana lebih mudah untuk kita elak dari maksiat.

Ya Allah, kurniakan aku cinta orang-orang yang mencintaimu.

Wallahua'lam